Plot Love Takes Wing

Dr. Belinda Simpson (Sarah Jones) tiba di sebuah pekan kecil Sikeston untuk mengambil pesanan dari doktor. Beliau turut mendapati kebanyakan penduduk di pekan itu termasuk anak-anak yatim di bawah Miss Hattie Clarence (Cloris Leachman), sedang menderita sakit dan ada yang mati kerana penyakit misteri. Penduduk Sikeston tidak mempercayai kebolehan Belinda sebagai seorang doktor memandangkan beliau adalah seorang wanita. Penduduk pekan juga melarang Belinda untuk menolong anak-anak yatim tersebut kerana mereka menuduh anak-anak yatim tersebut punca merebaknya penyakit misteri itu.